RAWAT: Majalah Maya . Media Asas Kesihatan . Rencana . Foto . Rawatan dan Penyembuhan Dari Serangga dan Haiwan . Bahan-bahan Terbaik Untuk Kesihatan . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 24 Oktober 2014

Lintah


LINTAH

PERUMPAMAAN ada menyebutkan "seperti telinga lintah" untuk menunjukkan pendengaran yang cepat, pantas dan tepat. Begitulah keistimewaan lintah, makhluk Allah yang kerdil, menetap di dalam air terutamanya sawah atau bendang padi, parit dan longkang. Apabila anda mencelup kaki ke dalam air, jika di tempat itu ada lintah, pastinya makhluk kerdil itu akan berenang ke arah anda. Tetapi jangan takut kerana "lintah" merupakan haiwan yang suka menolong manusia yang menghidapi penyakit kulit seperti kudis, bernanah dan darah yang kotor.

Itulah tugas lintah, lintah akan tahu siapa yang berpenyakit kudis, kaki bernanah dan mempunyai darah kotor. Apabila dicelup kaki ke tempat yang ada lintah, lintah akan terus merayap dan akan mencari tempat yang dikatakan berpenyakit itu. Lazimnya, mangsa akan berasa geli buat sementara ketika lintah berkenaan merayap. Haiwan ini akan segera meghisapnya, apabila telah kenyang dan didapati benda-benda kotor dan kuman dalam darah habis disedut, lintah yang kekenyangan akan mengembung dan jatuh ke dalam air. Lazimnya, selepas kekotoran itu disedut, kita akan berasa gatal. Tetapi percayalah hanya sekejap saja.

Hebatnya haiwan yang bernama "lintah". Pada masa dulu, lintah ini tersohor kerana kebanyakan pesawah akan sentiasa menemui dan berkawan dengan haiwan ini tatkala turun ke sawah. Sebab itulah, pesawah-pesawah sentiasa sihat kerana darah kotor mereka sering diubati oleh haiwan yang bernama lintah itu.

Teknik dan kaedah perubatan seumpama ini kemudiannya digunakan oleh beberapa buah klinik dan hospital di China dan Jepun dan mereka mempraktikkan di dalam rawatan kepada pesakit walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan kaedah berkenaan.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH