RAWAT: Majalah Maya . Media Asas Kesihatan . Rencana . Foto . Rawatan dan Penyembuhan Dari Serangga dan Haiwan . Bahan-bahan Terbaik Untuk Kesihatan . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 24 Oktober 2014

Lintah


LINTAH

PERUMPAMAAN ada menyebutkan "seperti telinga lintah" untuk menunjukkan pendengaran yang cepat, pantas dan tepat. Begitulah keistimewaan lintah, makhluk Allah yang kerdil, menetap di dalam air terutamanya sawah atau bendang padi, parit dan longkang. Apabila anda mencelup kaki ke dalam air, jika di tempat itu ada lintah, pastinya makhluk kerdil itu akan berenang ke arah anda. Tetapi jangan takut kerana "lintah" merupakan haiwan yang suka menolong manusia yang menghidapi penyakit kulit seperti kudis, bernanah dan darah yang kotor.

Itulah tugas lintah, lintah akan tahu siapa yang berpenyakit kudis, kaki bernanah dan mempunyai darah kotor. Apabila dicelup kaki ke tempat yang ada lintah, lintah akan terus merayap dan akan mencari tempat yang dikatakan berpenyakit itu. Lazimnya, mangsa akan berasa geli buat sementara ketika lintah berkenaan merayap. Haiwan ini akan segera meghisapnya, apabila telah kenyang dan didapati benda-benda kotor dan kuman dalam darah habis disedut, lintah yang kekenyangan akan mengembung dan jatuh ke dalam air. Lazimnya, selepas kekotoran itu disedut, kita akan berasa gatal. Tetapi percayalah hanya sekejap saja.

Hebatnya haiwan yang bernama "lintah". Pada masa dulu, lintah ini tersohor kerana kebanyakan pesawah akan sentiasa menemui dan berkawan dengan haiwan ini tatkala turun ke sawah. Sebab itulah, pesawah-pesawah sentiasa sihat kerana darah kotor mereka sering diubati oleh haiwan yang bernama lintah itu.

Teknik dan kaedah perubatan seumpama ini kemudiannya digunakan oleh beberapa buah klinik dan hospital di China dan Jepun dan mereka mempraktikkan di dalam rawatan kepada pesakit walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan kaedah berkenaan.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 6 Oktober 2013

Alga Mekah


ALGA MEKAH

ALGA MEKAH dikenali juga Kombucha Tea digunakan di zaman Empayar T-Sing lagi dan terkenal di 20 buah negara. Telah dibawa ke Malaysia dalam tahun 1960-an.

Dalam amalan tradisional Alga Mekah bertindak memulihkan kesihatan bagi tujuan merawat penyakit-penyakit Strok/Kanser, Kencing Manis, Migrain/Tiroid, Menguruskan Badan, Sakit Angin Gastrik, Gout/Bisa Tapak Kaki, Batu Karang/Prostat, Sembelit/Lenguh Sendi, Sukar Buang Air Besar dan Air Kecil, Tekanan Darah Tinggi, Memulihkan Tenaga Batin, Batuk Berpanjangan/Asma (Lelah), Keletihan, Sukar Tidur, Tidur Tidak Lena, Sakit Pinggang dan Belakang. Selain itu penemuan juga mendapati dapat merawat Mati Pucuk, Alergik/Azema, Dialisis, Menambahkan Keinginan Seks Lelaki/Perempuan, Gigitan Binatang Berbisa dan Luka Disebabkan Kencing Manis.

Harga sebotol RM30-00. Sila hubungi nombor telefon di bawah. Penerangan akan diberikan setiap kali pembelian.




Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 5 Oktober 2013

Madu Lebah



MADU LEBAH

MADU LEBAH asli memang kaya dengan beberapa khasiat penting untuk kesihatan manusia. Madu juga turut tersenarai salah satu minuman kesihatan. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), dari konteks vitamin hanya mengandungi Vitamin B2 (0.06 mg) dan Niasin (0.1 mg).

Manakala bahan-bahan galiannya pula terdiri dari Kalium (26 mg), Kalsium (11 mg), Fosforus (11 mg), Natrium (5 mg) dan Ferum (0.7 mg). Madu kaya dengan kandungan zat lain seperti Karbohidrat (78.1 g), Protein (0.2 g), Abu (0.2 g), Kelembapan (21.5 g) dan Tenaga (313 kcal).

Namun, dalam konteks perubatan Islam madu amat berkhasiat untuk merawat dan mengubati beberapa penyakit tertentu seperti sakit dalam perut, penyakit medu, dapat mengnyahkan kekotoran di dalam usus kecil dan usus besar (perut), mengubati ketagihan dadah, melawaskan kencing, mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi, menghilangkan kahak, menghilangkan pati candu rokok di bahagian paru-paru, mencerdaskan otak dan minda kanak-kanak, menghilangkan kesan terkena api, air dan minyak panas malah sesuai semua jenis penyakit.

Di dalam Al-Quran, dijelaskan tentang madu lebah ini, sebagaimana firman Allah S.W.T  yang bermaksud:
"Dan makanlah macam-macam buah-buahan dan laluilah jalan Tuhan dengan patuh. Dari perutnya keluar minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalamnya ada ubat untuk manusia. Sesungguhnya hal itu menjadi keterangan bagi kaum yang memikirkan". (Surah An-Nahl: ayat 69)

Kaedah rawatan dengan madu:
1. Bagi merawat ketagihan dadah: campurkan madu dengan minyak/air bunga mawar yang panas lalu diminum.
2. Untuk mencerahkan mata: lumurkan madu di bahagian kening dan alis mata.
3. Menghilangkan kesan terkena api, air dan minyak panas: sapukan madu ke tempat terlibat.
4. Sesuai merawat semua penyakit: ambil air hangat (suam), campurkan madu (2 sudu besar), kacau lalu diminum.
(Sumber: Buku Ubat-ubatan dan Doa-doa Penawar Penyakit, Ustaz Azahari Ibrahim)

5. Madu lebah asli juga boleh merawat senggugut yang dialami manusia terutamanya di kalangan gadis-gadis yang belum haid dengan kaedah seperti berikut:

1. Sediakan madu lebah asli dan letakkan depan sejadah.
2. Lakukan solat hajat (2 rakaat)
3. Selepas solat hajat, bacakan pada madu tadi surah Al-Fatihah (1 kali),
ayat Kursi (1 kali) dan surah An-Nahl: ayat 69 (21 kali)
4. Setiap hari ambil satu sudu madu dan campurkan dengan air suam, kemudian minum.

ATAU

Bacakan surah An-Nahl: ayat 69 (1 kali) kepada madu lebah itu.

Surah An-Nahl: ayat 69

Untuk menguji sama ada madu lebah itu asli atau tidak ialah dengan mengambil sebatang macis kemudian celupkan dalam madu lebah tadi. Selepas itu, cuba goreskan. Jika macis itu menyala, menunjukkan madu lebah itu adalah yang asli, tetapi jika sebaliknya, madu itu adalah tiruan.

Amaran:
Dilarang memakan tembikai dengan madu - boleh membawa maut.

Madu asli diambil dari sarang lebah hutan.

 Pokok berangan, tempat madu lebah diambil.

Madu lebah asli dibotolkan.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 4 Oktober 2013

Minda Editor





RAWAT adalah sebuah majalah atau Media Asas Kesihatan. Tujuan penerbitannya untuk memaklumkan kepada umum tentang pilihan bahan-bahan terbaik untuk merawat masalah kesihatan.

RAWAT hanya memaparkan bahan-bahan terbaik sebagai asas kepada rawatan dan pilihan yang akan dibuat oleh pengguna dan pesakit. Majalah ini juga mengketengahkan bahan-bahan dari serangga dan haiwan yang boleh dijadikan bahan penawar penyakit.

Sebab itu, jangan bunuh atau musnahkan serangga dan haiwan yang bergerak di bumi, dalam air dan terbang di udara, kerana darinya manusia memperolehi manfaatnya iaitu "unsur perubatan" untuk "kesihatan" dalam menjalani "secebis kehidupan". Ini kerana, Allah S.W.T  tidak menjadikan sesuatu yang hidup di alam ini sebagai sia-sia tetapi untuk memberikan banyak manfaatnya kepada manusia, hanya sebahagian manusia itu tidak  berfikir tentangnya.


AZMI MOHD. SALLEH
Editor
RAWAT