RAWAT adalah sebuah majalah atau Media Asas Kesihatan. Tujuan penerbitannya untuk memaklumkan kepada umum tentang pilihan bahan-bahan terbaik untuk merawat masalah kesihatan.
RAWAT hanya memaparkan bahan-bahan terbaik sebagai asas kepada rawatan dan pilihan yang akan dibuat oleh pengguna dan pesakit. Majalah ini juga mengketengahkan bahan-bahan dari serangga dan haiwan yang boleh dijadikan bahan penawar penyakit.
Sebab itu, jangan bunuh atau musnahkan serangga dan haiwan yang bergerak di bumi, dalam air dan terbang di udara, kerana darinya manusia memperolehi manfaatnya iaitu "unsur perubatan" untuk "kesihatan" dalam menjalani "secebis kehidupan". Ini kerana, Allah S.W.T tidak menjadikan sesuatu yang hidup di alam ini sebagai sia-sia tetapi untuk memberikan banyak manfaatnya kepada manusia, hanya sebahagian manusia itu tidak berfikir tentangnya.
AZMI MOHD. SALLEH
Editor
RAWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan