RAWAT: Majalah Maya . Media Asas Kesihatan . Rencana . Foto . Rawatan dan Penyembuhan Dari Serangga dan Haiwan . Bahan-bahan Terbaik Untuk Kesihatan . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 5 Oktober 2013

Madu Lebah



MADU LEBAH

MADU LEBAH asli memang kaya dengan beberapa khasiat penting untuk kesihatan manusia. Madu juga turut tersenarai salah satu minuman kesihatan. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), dari konteks vitamin hanya mengandungi Vitamin B2 (0.06 mg) dan Niasin (0.1 mg).

Manakala bahan-bahan galiannya pula terdiri dari Kalium (26 mg), Kalsium (11 mg), Fosforus (11 mg), Natrium (5 mg) dan Ferum (0.7 mg). Madu kaya dengan kandungan zat lain seperti Karbohidrat (78.1 g), Protein (0.2 g), Abu (0.2 g), Kelembapan (21.5 g) dan Tenaga (313 kcal).

Namun, dalam konteks perubatan Islam madu amat berkhasiat untuk merawat dan mengubati beberapa penyakit tertentu seperti sakit dalam perut, penyakit medu, dapat mengnyahkan kekotoran di dalam usus kecil dan usus besar (perut), mengubati ketagihan dadah, melawaskan kencing, mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi, menghilangkan kahak, menghilangkan pati candu rokok di bahagian paru-paru, mencerdaskan otak dan minda kanak-kanak, menghilangkan kesan terkena api, air dan minyak panas malah sesuai semua jenis penyakit.

Di dalam Al-Quran, dijelaskan tentang madu lebah ini, sebagaimana firman Allah S.W.T  yang bermaksud:
"Dan makanlah macam-macam buah-buahan dan laluilah jalan Tuhan dengan patuh. Dari perutnya keluar minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalamnya ada ubat untuk manusia. Sesungguhnya hal itu menjadi keterangan bagi kaum yang memikirkan". (Surah An-Nahl: ayat 69)

Kaedah rawatan dengan madu:
1. Bagi merawat ketagihan dadah: campurkan madu dengan minyak/air bunga mawar yang panas lalu diminum.
2. Untuk mencerahkan mata: lumurkan madu di bahagian kening dan alis mata.
3. Menghilangkan kesan terkena api, air dan minyak panas: sapukan madu ke tempat terlibat.
4. Sesuai merawat semua penyakit: ambil air hangat (suam), campurkan madu (2 sudu besar), kacau lalu diminum.
(Sumber: Buku Ubat-ubatan dan Doa-doa Penawar Penyakit, Ustaz Azahari Ibrahim)

5. Madu lebah asli juga boleh merawat senggugut yang dialami manusia terutamanya di kalangan gadis-gadis yang belum haid dengan kaedah seperti berikut:

1. Sediakan madu lebah asli dan letakkan depan sejadah.
2. Lakukan solat hajat (2 rakaat)
3. Selepas solat hajat, bacakan pada madu tadi surah Al-Fatihah (1 kali),
ayat Kursi (1 kali) dan surah An-Nahl: ayat 69 (21 kali)
4. Setiap hari ambil satu sudu madu dan campurkan dengan air suam, kemudian minum.

ATAU

Bacakan surah An-Nahl: ayat 69 (1 kali) kepada madu lebah itu.

Surah An-Nahl: ayat 69

Untuk menguji sama ada madu lebah itu asli atau tidak ialah dengan mengambil sebatang macis kemudian celupkan dalam madu lebah tadi. Selepas itu, cuba goreskan. Jika macis itu menyala, menunjukkan madu lebah itu adalah yang asli, tetapi jika sebaliknya, madu itu adalah tiruan.

Amaran:
Dilarang memakan tembikai dengan madu - boleh membawa maut.

Madu asli diambil dari sarang lebah hutan.

 Pokok berangan, tempat madu lebah diambil.

Madu lebah asli dibotolkan.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan